Ditahan kerana berceramah Bob_Lokman

Pada 10 Oktober 2011, Bob Lokman ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberi ceramah tanpa permit. Larangan mengajar atau berceramah tanpa tauliah ini telah termaktub dalam enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 seksyen 14 (1).[1] Kesalahan berceramah tanpa tauliah bukanlah perkara baharu kerana ahli politik seperti Abdul Khalid Samad dari PKR juga tidak disambung permit ceramah dan berhadapan perbicaraan di Kapar. Jais juga pernah menahan bekas Mufti Perlis, Professor Madya Dr. Asri Zainul Abidin. Permohonan tauliah boleh dibuat melalui JAIS, [2] melalui empat kategori.

Ceramah itu disampaikan selepas Solat Maghrib di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat dengan seramai 70 jemaah masjid ketika itu. Beliau ditahan dan dibawa ke Balai Polis Batu 18 Hulu Langat dan menghadiri siasatan di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat pada keesokannya. Pengarah Jais Marzuki Hussin mengesahkan Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor. Beliau tidak mempunyai tauliah dan tidak pernah memohon tauliah daripada JAIS. Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat awam. Beliau mempersoalkan mengapa JAIS menahan beliau setelah bertaubat dan mendekati Allah. Sedangkan dahulu dia bergelumang dalam arus keduniaan dalam dunia hiburan.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan dimaklumkan bahawa penganjur majlis ceramah turut diminta memberi keterangan.[3][4]